Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

KUALA LUMPUR – Polis menahan 11 lelaki tempatan berusia 17 hingga 28 tahun berhubung kejadian rusuhan yang berlaku di sebuah restoran di Lalaport, Bukit Bintang di sini selepas perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial pada 26 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada 12.45 tengah malam sebelum melakukan siasatan dan menangkap kesemua suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, dan kesemua mereka telah direman selama dua hari, mulai 26 hingga 27 Februari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, selepas siasatan awal, semua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 27 Februari dan kes kini dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur bagi keputusan selanjutnya.

Sulizmie turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang, dan menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam kejadian seumpama itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here