Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyifatkan pengumuman kadar dividen 6.3 peratus bagi simpanan konvensional dan syariah bagi tahun 2024 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu pencapaian luar biasa.

Menurutnya, prestasi itu juga adalah kadar tertinggi sejak 2017.

KWSP umum dividen 6.30% bagi simpanan konvensional, syariah

Katanya, kadar dividen itu  membuktikan Malaysia berada di landasan yang tepat di bawah kepimpinan Kerajaan Madani diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kestabilan politik yang dipelihara oleh Kerajaan Madani telah memainkan peranan penting dalam memulihkan keyakinan terhadap daya tahan ekonomi negara, termasuk pertumbuhan kukuh sebanyak 5.1 peratus tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sejak kerajaan mengambil alih pentadbiran, keutamaan diberikan kepada pemerkasaan ekonomi negara dengan matlamat utama meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Pulangan memberangsangkan diumumkan oleh KWSP menjadi bukti kukuh bahawa dasar kerajaan berada pada landasan yang betul serta komitmen berterusan untuk memperkukuh taraf hidup rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kong Ming juga memberi jaminan kerajaan akan terus melaksanakan dasar yang mengutamakan kestabilan ekonomi jangka panjang, termasuk menerusi inisiatif seperti program pemilikan rumah kendalian KPKT.

“Inisiatif ini telah membantu ramai pembeli rumah pertama memiliki kediaman impian mereka, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kadar pemilikan rumah di Malaysia kepada 76.9 peratus,” ujarnya.  – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here