Polis menaha sebuah kereta Honda City merah yang dicuri selepas pecah masuk rumah rumah di Taman Aman, Senai, Johor Bahru Rabu lalu

KULAI – Polis menahan dua lelaki tempatan sehari selepas terlibat dalam ke curi kereta dan pecah rumah di Taman Aman, Senai di sini Rabu lalu.

Mangsa iaitu seorang wanita tempatan membuat laporan polis pada pukul 8.31 pagi, Rabu lalu, mendakwa rumahnya dipecah masuk dan Honda City merah miliknya dilarikan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, susulan itu anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai yang sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah menahan sebuah Honda City warna merah di Jalan Persiaran Sri Putri di sini pada pukul 9 kelmarin.

“Pemeriksaan mendapati dua lelaki menaiki kereta berkenaan dan dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil semakan ke atas nombor kenderaan mendapati ia dilaporkan hilang dan polis bertindak pantas terus merampas kereta itu berserta satu alat kawalan jauh kenderaan berkenaan.

“Kedua-dua lelaki yang berusia 23 dan 30 tahun itu kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Kulai untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek turut terbabit dalam satu kes curi motosikal.

Katanya, pada pukul 10.30 malam kelmarin dengan dipandu arah suspek, polis dibawa ke hadapan sebuah restoran di Jalan Senai, Pekan Senai di sini dan merampas sebuah motosikal Honda RSZ.

Menurutnya, hasil semakan pada nombor enjin dan nombor chasis pada motosikal itu mendapati ia masih dilaporkan hilang.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah THC dan seorang daripada suspek turut memiliki enam rekod lampau kes penyalahgunaan dadah.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga 3 Mac ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here