KUALA LUMPUR – Dua lelaki maut manakala seorang lagi parah dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Kilometer 417.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara di Hulu Selangor, pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superitenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 7.17 pagi melibatkan sebuah treler dan kereta jenis Proton Wira.

“Siasatan awal mendapati, Proton Wira itu dinaiki kesemua mangsa berusia 18, 19 dan 20 tahun dari Kuala Lumpur ke Hulu Bernam.

“Semasa melalui lebuhraya itu, kereta terbabit dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sendiri sebelum dilanggar treler.

“Pemandu dan penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang belakang cedera parah dan dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mohd Asri, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here