Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff (gambar kecil)

KUALA LUMPUR – Padah memasuki dan tinggal di Malaysia tanpa dokumen serta pas yang sah selama 11 tahun, seorang lelaki warga Indonesia dihukum penjara empat tahun lima bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 27 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, lelaki ini ditahan ketika operasi penguatkuasaan JIMWPKL pada awal Februari lalu.

“Sepanjang berada di Malaysia, dia telah bekerja dengan beberapa majikan dan tempat secara tidak sah dan lelaki itu antara salah seorang daripada 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diambil tindakan undang-undang.

“Seramai 18 lelaki dan 19 perempuan didakwa dengan pertuduhan kerana pelbagai kesalahan iaitu tidak mempunyai dokumen dan pas yang sah, tinggal lebih masa dan memiliki pas berbentuk cap palsu di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sepanjang sidang mahkamah itu berlansung, Hakim mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap 34 PATI dengan tempoh antara satu bulan hingga 53 bulan

“Terdapat seorang PATI dikenakan hukuman denda RM10,000 kerana kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 manakala dua orang PATI lagi ditangguhkan perbicaraan ke tarikh lain,” jelasnya.

Tegas beliau, JIMWPKL tidak akan berkompromi dengan kesalahan yang dilakukan kepada semua warga asing yang tidak mempunyai dokumen atau pas yang sah.

Ia termasuk tinggal lebih masa daripada tempoh pas atau permit yang dibenarkan serta telah melanggari syarat-syarat pas yang dikeluarkan bahawa jabatan.

Katanya, pihak majikan juga diberi amaran keras supaya tidak menggajikan PATI atau melindungi mana-mana PATI kerana tindakan undang-undang bakal dikenakan ke atas mereka.

“Operasi penguatkuasaan JIM akan terus dipertingkatkan dan diperluaskan ke semua lokasi penempatan, sektor perniagaan, kategori pekerjaan dan dilaksanakan sepanjang masa.

“Jabatan menyeru mana-mana PATI di Kuala Lumpur agar segera menyerahdiri di Bahagian Penguatkuasa, JIMWPKL, Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk diproses bagi mengelakkan dikenakan hukuman yang lebih berat sekiranya ditangkap semasa operasi penguatkuasaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here