Panglima Tentera Darat, General Tan Sri Hafiezuddeian Jantan memyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-92 di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 01 MAC 2025.

KUALA LUMPUR – Ibu bapa dalam kalangan masyarakat Cina dan India diseru supaya menggalakkan anak-anak mereka menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana bidang pertahanan negara tidak wajar hanya digalas oleh orang Melayu.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, ketika ini penglibatan bangsa Cina dalam perkhidmatan pertahanan amat rendah iaitu 0.3 peratus sahaja, manakala, kaum India pula hanya 1.3 peratus.

“Kkita tak boleh nak harapkan bangsa Melayu sahaja untuk mengaturkan keselamatan dalam angkatan tentera ini.

“Kita perlukan lagi penglibatan daripada bangsa-bangsa lain untuk sama-sama kita pikul tanggungjawab untuk mempertahankan negara kita yang tercinta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-92 di Datara Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, hari ini.

Jeneral Tan Sri Hafiezuddeian Jantan (kiri) memyampaikan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab (kanan) sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-92 di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 01 MAC 2025.

Mengulas lanjut, Muhammad Hafizuddeain berkata, sebelum ini Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melakukan perlbagai usaha untuk mendidik orang ramai dengan mempromosikan bidang pertahanan di sekolah-sekolah bermula di peringkat rendah.

Katanya, usaha lain yang turut dilakukan adalah dengan mengkaji semula faktor gaji bagi menarik minat kaum Cina dan India agar terlibat dalam bidang pertahanan.

“Kenapa bangsa lain kurang minat? Sebabkan tarikan ekonomi itu kurang. People cannot make money, (orang tidak boleh buat wang).

“Jadi, kita nak mereka yakin bahawa perkhidmatan ATM ini sebenarnya, walaupun tidak menjadikan kita kaya raya tapi, boleh memberi security (keselamatan), some job security (suatu kerjaya untuk keselamatan) dan boleh menjamin keselesaan dalam hidup.

“Yang penting, peluang ataupun ruang untuk mereka juga menyumbang kepada apa kita mahu (keamanan negara),” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhammad Hafizuddeain berkata, langkah lain yang sering disebut dan diberikan perhatian bagi menarik minat bangsa lain selain Melayu menyertai ATM adalah pencarian bakat khusus dalam kepakaran teknologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh digunakan sebagai pengantara. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here