Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pertumbuhan keahlian yang kukuh, sejajar dengan pemulihan berterusan dalam pasaran buruh Malaysia.

Pendaftaran ahli baharu mencapai 475,752, menjadikan jumlah keseluruhan ahli KWSP sebanyak 16.22 juta.

Daripada jumlah ini, 8.78 juta adalah ahli aktif, mewakili 51% daripada 17.32 juta tenaga buruh2 Malaysia.

Nisbah ahli aktif kepada ahli tidak aktif pada tahun 2024 juga bertambah baik kepada 54:46.

Peningkatan bilangan ahli aktif ini didorong oleh usaha berterusan KWSP dalam memperluaskan liputan.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, dengan usaha perluasan liputan ini, KWSP bukan sahaja memperkukuh perlindungan sosial dan keselamatan persaraan, tetapi juga meningkatkan keterangkuman dan daya tahan yang lebih tinggi.

Selain itu, Program Outreach KWSP mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan dalam
jumlah pencarum sukarela kepada 1,193,396, naik 32% daripada 902,213 pada tahun 2023.

Program i-Saraan mencatatkan peningkatan yang kukuh pada tahun 2024, dengan penyertaan meningkat sebanyak 38% kepada 529,667, daripada 383,082 pada tahun 2023, sekali gus membolehkan lebih ramai pekerja sektor tidak formal menyimpan untuk persaraan.

Jumlah caruman i-Saraan juga meningkat dengan ketara sebanyak 83% daripada RM1.44 bilion pada tahun 2023 kepada RM2.64 bilion pada tahun 2024.

Jumlah keseluruhan caruman pada tahun 2024 meningkat 11% kepada RM108.22 bilion, mencerminkan pertambahan bilangan ahli, pertumbuhan gaji, dan kepercayaan berterusan terhadap KWSP.

Pendaftaran majikan baharu pula berjumlah 71,471, menjadikan jumlah keseluruhan majikan berdaftar sebanyak 614,563.

Mengulas hala tuju tahun ini, KWSP berkata, persekitaran pelaburan sedang berdepan risiko yang semakin meningkat akibat faktor geopolitik, tarif dan perang dagang, sekatan bukan tarif, perubahan iklim, inflasi, serta gangguan teknologi.

Perubahan perdagangan global dan peralihan daripada multilateralisme dijangka memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia dan dasar bank pusat.

Sebaliknya, ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan, didorong oleh permintaan domestik yang kukuh, pertumbuhan pelaburan, dan prestasi eksport yang berterusan.

Mohd Zuki menegaskan komitmen KWSP terhadap pertumbuhan mampan yang dipandu oleh Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP.

Instrumen Pendapatan Tetap akan terus menjadi tunjang utama portfolio bagi memastikan kestabilan, manakala Ekuiti domestik akanmemainkan peranan penting dalam menjana pulangan.

“Komitmen KWSP adalah untuk memberikan pulangan yang kukuh dan konsisten di samping
mengekalkan peranannya sebagai institusi simpanan persaraan yang dipercayai.

“Seiring dengan perkembangan ekonomi, kami mengurus risiko dengan teliti bagi memastikan keseimbangan antara keuntungan jangka pendek dan kestabilan jangka panjang, seterusnya membolehkan kami memberikan dividen yang adil dan berdaya saing kepada lebih 16 juta ahli,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here