Oplus_131072

JOHOR BAHRU – Kerajaan Madani perlu memastikan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 tidak disalah guna untuk mengawal atau menyekat kebebasan bersuara.

Sebaliknya, Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Ahmad Fadhli Umar berkata,
pelaksanaan RUU berkenaan perlu menjadi alat untuk memperkasa integriti setiap platform dan pengamal media di Malaysia.

“Sebagai sebuah parti yang komited terhadap prinsip demokrasi, Amanah akan terus memantau perkembangan ini dengan penuh teliti dan menyeluruh.

“Saya percaya kejayaan ini bukan sekadar kemenangan untuk pihak media semata-mata tetapi ia merupakan satu langkah ke arah pembentukan masyarakat yang kritikal dan lebih berpengatahuan pada masa akan datang,” ujarnya dalam kenyataan.

Pada 26 Februari lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU MMM 2024, antara lain bertujuan menjamin kebebasan media dalam memastikan masyarakat mendapat informasi sahih, berintegriti dan adil.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan RUU MMM 2024 yang diluluskan itu sebagai kemenangan besar untuk kebebasan media di Malaysia.

Beliau berkata, ini adalah saat bersejarah buat industri media memandangkan cadangan rang undang-undang itu mula diutarakan pada 1973, iaitu kira-kira 52 tahun lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata , pihaknya menyambut baik kelulusan RUU MMM 2024 sebagai satu langkah bersejarah dalam memperkukuh kebebasan media serta meningkatkan akauntabiliti pengamal media dalam negara.

RUU MMM katanya, mencerminkan komitmen kerajaan Madani dalam mewujudkan ekosistem media lebih terbuka, beretika dan profesional serta selari dengan amalan demokrasi yang matang.

“Setelah hampir 50 tahun di peringkat perbincangan penubuhannya, akhirnya ia berjaya dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat.

“Bak kata Nelson Mandela suatu ketika dahulu A critical, independent and investigative press is the lifeblood of any democracy,” ujarnya .

Tambahnya, sebagai tonggak utama dalam sistem demokrasi, media yang bebas dan bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam memastikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan menyemarakkan wacana kritis dalam masyarakat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here