Onn Hafiz diberi penerangan ringkas berkenaan projek RPJ di Johor Bahru semalam di apabila lewat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini meluahkan rasa kecewa dengan perkembangan projek Rumah Pesona Johor (RPJ) apabila lewat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau menegaskan, sepatutnya RPJ yang merupakan pusat perlindungan sementara kepada mangsa keganasan rumah tangga itu siap pada tahun lalu.

“RPJ bukan sahaja memberi tempat tinggal sementara tetapi juga sokongan sosial dan psikologi kepada wanita yang mengalami krisis dalam hidup mereka.

“Saya bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail, telah turun padang untuk meninjau sendiri perkembangan projek RPJ.

“Dalam lawatan ini, saya telah mengarahkan syarikat kontraktor yang dilantik untuk lebih proaktif dalam memastikan perkembangan projek mengikut garis masa yang telah ditetapkan dan melaporkan kemajuan kerja kepada Kerajaan Negeri secara berkala,” katanya menerusi hantaran terbaharu dalam Facebook miliknya.

Katanya, kerajaan negeri mengambil serius setiap projek pembangunan di Johor dan mahu setiap projek yang dilaksanakan mesti mengikut garis masa ditetapkan kerana melibatkan kesejahteraan seluruh rakyat Johor.

“Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyiapkan kerja mengikut KPI yang ditetapkan tanpa sebarang kelewatan,” katanya

Menurut Onn Hafiz, perkembangan projek itu akan terus dipantau dan memastikan semua pihak yang terlibat memainkan peranan masing-masing.

“Saya berharap agar RPJ ini dapat menjadi satu institusi yang benar-benar mampu memberi perlindungan dan harapan baharu kepada golongan wanita yang memerlukan sokongan. Insya-Allah,” katanya.

RPJ adalah satu inisiatif kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).

Pada tahun lalu, Khairin Nisa dilaporkan berkata, projek itu melibatkan kerja membaik pulih, menaik taraf dan membina bangunan tambahan yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti surau, bilik tidur, bilik rawatan dan lain-lain.

Katanya sebaik siap, 30 penghuni boleh ditempatkan di rumah itu serta perkhidmatan kaunseling, psikoterapi termasuk modul Keluarga Sakinah dan Latihan Kemahiran.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here