KUALA LUMPUR – Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif terus menyusut hari ini, selepas ditekan oleh pengukuhan dolar US berikutan pengumuman Presiden Donald Trump mengenai cadangan tarif 25 peratus ke atas barangan dari Mexico dan Kanada selain tambahan 10 peratus ke atas import China.
Kontrak Februari 2025 jatuh kepada US$2,861.40 setiap auns troy berbanding US$2,891.80 yang disaksikan pada Khamis, manakala kontrak Mac 2025 menurun kepada US$2,867.20 daripada US$2,896.90 sebelum ini.
Kontrak April, Mei dan Jun 2025 semuanya berkurangan kepada US$2,879.90 setiap auns troy berbanding US$2,909.60 semalam.
Jumlah dagangan merosot kepada 32 lot berbanding 94 lot, manakala kepentingan terbuka menyempit kepada 37 kontrak daripada 128 kontrak.
Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 27 Feb, emas fizikal berharga US$2,880.80 setiap auns troy. – BERNAMA