Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan seorang guru lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan ‘istimewa’ dengan anak muridnya yang berusia 12 tahun di sebuah sekolah di Dengkil, Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa kandung mangsa pada 26 Februari lepas setelah menyedari anak perempuannya kerap berhubung dengan guru berusia 30-an itu melalui aplikasi TikTok, Love8, dan WhatsApp dalam keadaan mencurigakan.

“Perbualan antara mereka tidak mencerminkan hubungan biasa antara seorang guru dan anak murid, menyebabkan bapa mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Norhizam menegaskan, siasatan masih dijalankan dan menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here