Azmar Zaki Ayub bersama Muhammad Syamim Zulkifli (Pengarah Program) dan Pekin Ibrahim menunjukkan poster Truck Fighter 1.0
Azmar Zaki Ayub bersama Muhammad Syamim Zulkifli (Pengarah Program) dan Pekin Ibrahim menunjukkan poster Truck Fighter 1.0

KUALA LUMPUR – Komuniti pemilik dan peminat kenderaan pacuan empat roda (4X4) diajak untuk menyertai Truck Fighter (Meet & Show Event) 1.0 yang bakal diadakan pada 25 Mei depan.

Azmar Zaki Ayub selaku jurucakap Zaki GM Garage yang menganjur Truck Fighter berkata, acara julung kali diadakan di pekarangan tempat letak kereta Stadium Shah Alam, Selangor akan dihadiri lebih 5,000 peserta.

“Acara ini bertujuan untuk memperkukuh solidariti dalam kalangan pemilik 4X4 serta menghargai peranan mereka dalam kerja-kerja sukarelawan, terutamanya dalam operasi menyelamat ketika bencana banjir.

“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada usahawan bengkel 4×4 untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada khalayak yang lebih luas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmar Zaki Ayub
Azmar Zaki Ayub

Antara acara yang menanti peserta adalah pameran dan pertandingan autoshow dengan 21 kategori unik, gerai jualan dan pameran daripada syarikat-syarikat automotif utama serta aktiviti untuk kanak-kanak termasuk pertandingan mewarna.

Lebih menarik sebuah Toyota Hilux serta pelbagai hadiah menarik seperti sport rim 4×4, set tayar menanti peserta bertuah.

“Pihak penganjur telah mempamerkan Toyota Hilux yang telah diberi nafas baharu sebagai hadiah utama cabutan bertuah kepada para pengunjung yang hadir,” tambah Azmar Zaki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here