KUANTAN – Polis menegesahkan video menunjukkan peserta himpunan berkumpul di hadapan ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bukan daripada Program Pahang Bermunajat Raja Berdaulat yang berlangsung pada 27 Februari lalu.
Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, sebaliknya video tular merlupakan insiden lama yang berlaku pada tarikh yang sama tetapi pada enam tahun lepas.
Jelasnya video berkenaan menunjukkan kehadiran pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke IPD Kuantan untuk membuat laporan polis bagi tujuan membantah isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
”Pada semalam telah terkesan satu video berdurasi 26 saat yang tular di media sosial menunjukkan peserta perhimpunan berkumpul di hadapan IPD Kuantan.
”Pihak polis mengesahkan bahawa apa yang berlaku di dalam video tersebut tidak mempunyai kaitan dengan Perhimpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat yang berlangsung pada 27 Februari 2025 di Padang MBK 1,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Jelasnya satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Sekyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung kejadian pada 25 Februari 2019.
Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta mendatangkan ketakutan pada orang ramai dengan menyebarkan video atau maklumat yang tidak betul. – MalaysiaGazette