Jose Mourinho.

ISTANBUL – Persekutuan Bola Sepak Turkiye (TFF) mengurangkan penggantungan empat perlawanan terhadap pengendali Fenerbahce, Jose Mourinho  kepada hanya dua selepas meneliti rayuan kelab itu.

Mourinho sebelum ini didenda dan digantung kerana mengkritik mutu pengadilan di Turkiye selepas perlawanan di Galatasaray di mana dia mengkritik pegawai perlawanan pada sidang media selepas seri 0-0.

TFF mendenda pengendali dari Portugal itu sebanyak 1,617,000 lira Turkiye (RM196,726) yang kemudian dikurangkan kepada 558,500 lira Turkiye (RM98,363).

Menurut TFF, kenyataan Mourinho melanggar etika sukan, menggalakkan keganasan dan huru-hara serta mampu mencetus insiden dalam kalangan peminat.

Perlawanan diadili oleh pengadil Slovenia, Slavko Vincic selepas kedua-dua kelab memohon pengadil luar mengambil alih aksi berkenaan.

Jumaat lalu, Mourinho memfailkan saman terhadap Galatasaray selepas mereka mendakwanya membuat kenyataan berbaur perkauman.

Fenerbahce dalam satu kenyataan berkata, Mourinho menyaman Galatasaray sebanyak 1,907,000 lira Turkiye (RM233,363) kerana ‘serangan terhadap hak peribadi’ pengendali dari Portugal itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here