Antara lokasi kaki ponteng puasa yang diserbu penguat kuasa JAIM di Klebang, Melaka pagi tadi.

MELAKA – Belum pun sehari berpuasa, dua lelaki dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas didapati menghisap rokok di dua kedai makan di Alor Gajah dan Krubong di sini pagi tadi.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, kedua-dua mereka, masing-masing berusia 59 tahun dan 45 tahun ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah.

Menurutnya, operasi melibatkan kawasan Jalan Besar Alor Gajah, Kelemak, Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru selain Tangga Batu, Tanjung Kling, Sungai Udang, Krubong, Pulau Gadong dan Kawasan Perindustrian Bukit Rambai.

Rahmad Mariman

“Dalam operasi ini, seorang peniaga makan berusia 59 tahun di Bukit Beringin didapati ponteng puasa apabila leka menghisap rokok ketika sedang mengangkat makanan ke dalam kenderaan.

“Kes kedua pula melibatkan lelaki Bangladesh berumur 45 tahun yang merokok di kedai makan di Krubong,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) berkenaan juga telah diberikan surat perintah hadir ke JAIM esok untuk membantu siasatan.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, JAIM akan terus menjalankan kempen dan operasi menghormati Ramadan secara berkala bermula sepanjang Ramadan kali ini.

Antara kedai makan yang diperiksa penguat kuasa JAIM di Klebang, Melaka pagi tadi.

Usaha itu, jelasnya, bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat Islam untuk menghormati kesucian bulan Ramadan.

Sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak lebih daripada RM1,000 atau dipenjara sehingga enam bulan di bawah Seksyen 49, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991: Kesalahan menjual makanan dan makan dalam bulan Ramadan.

“Jika didapati melakukan kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here