Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Ribut Petir melibatkan beberapa negeri termasuk Perak, Johor dan Sarawak berkuat kuasa antara pukul 3.45 petang hingga 6 petang hari ini.

Met Malaysia menerusi kenyataannya berkata, selain ribut petir, pihaknya juga meramalkan berlakunya hujan lebat dan angin kencang sepanjang tempoh tersebut.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak (Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

“DiSarawak pula, melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya.

MET Malaysia mengeluarkan Amaran Ribut Petir bakal melanda Perak, Johor dan Sarawak, berkuat kuasa antara jam 3.45 petang hingga 6 petang, hari ini.

Met Malaysia juga berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya Met Malaysia lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here