Sebahagian dinding rumah awal yang diwakafkan ini terbakar dan telah dibaiki menjadi Rumah Ngaji Pengakap terletak di Kampung Tengah, Kuantan.

KUANTAN – Usaha murni dijalankan oleh pasukan Pengakap Kelana Pahang kini berbaloi lebih-lebih lagi dalam keberkatan Ramadan.

Berbekalkan kudrat dan semangat hampir 20 ahli, mereka gigih mengubah landskap sebuah rumah peninggalan wakaf di Kampung Tengah di sini untuk dihidupkan semula menjadi Rumah Ngaji Pengakap.

Malah mereka merancang membangunkan sebuah surau dan tempat mengaji di tempat yang sama.

Lebih menarik, rumah kayu berusia lebih 100 tahun itu terletak di tengah kawasan bandar raya Kuantan dikelilingi penduduk pelbagai kaum, kata Penolong Pesuruhjaya Pengakap Pahang, Muhammad Asmawi Sulaiman

”Rumah ini diwakafkan oleh seorang hamba Allah dan mendapat persetujuan ahli keluarganya untuk dibangunkan dan dimanfaatkan kepada komuniti di sini.

”Daripada terbiar dan menjadi sarang najis dadah, lebih baik dibangunkan menjadi rumah mengaji dan surau di sini serta boleh dijalankan perlabagai aktiviti akademik dan riadah kepada masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujar Asmawi, semua kerja-kerja penyelenggaraan dan membersihkan kawasan rumah dilakukan oleh ahli pengakap dan mula beroperasi hari ini iaitu pada 2 Ramadan.

Jelasnya, kerja mengimarahkan rumah berkenaan mengambil masa lebih dari sebulan termasuk membersihkan, mengecat, pendawaian elektrik dan memasang permaidani dan sejadah.

Keadaan Rumah Ngaji Pengakap setelah diselenggara oleh 20 ahli Pengakap Kelana Kuantan dalam tempoh sebulan yang memulakan operasi pada 2 Ramadan.

Selain itu, pihaknya juga membuka ruang kepada pihan pertubuhan bukan kerajaan lain membantu membersihkan kawasan berkenaan.

”Kami juga mendapat pertolongan daripada jabatan dan agensi yang turut serta membantu kami dalam merealisasikan Rumah Ngaji ini.

“Antara keperluan ialah telekung, rehal, al-Quran, sejadah, alat tulis, kain pelikat, barangan dapur dan keperluan yang bersesuaian,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyumbangkan wang tunai atau perlbagai keperluan di Bank CIMB Pasukan Pengakap Kelana G bernombor 8605771132 dan boleh berhubung dengan Siti Balqis Abdul Rahman di talian 018-9729832.

Asmawi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang memberikan sokongan untuk membangunkan Rumah Ngaji Pengakap.

Pelbagai pengisian aktiviti yanga akan dijalankan di Rumah Ngaji Pengakap ialah tadarus al Quran, solat berjemaah, aktiviti berbuka puasa, moreh dan sahur sepanjang bulan puasa ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here