Datuk N Sivakumar Nadarajah.

KUALA LUMPUR – Majlis Kuil-Kuil Hindu & Persatuan-Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima), menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap stesen radio Era FM susulan penyiaran video yang didakwa menghina agama Hindu.

Presiden Mahima, Datuk N Sivakumar berkata, permohonan maaf secara terbuka tidak mencukupi kerana tindakan tersebut jelas mempermainkan kepercayaan penganut Hindu dengan menyebut ‘Vel, Vel’ secara tidak wajar dalam video tular baru-baru ini.

“Cukup penat dan letih melihat sikap individu yang tiada akal mempersendakan agama dan keharmonian kaum lain. Mereka menjadikan perkara ini sebagai bahan jenaka, dan saya sifatkan tindakan ini sebagai tidak rasional.

“Kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap insiden ini serta mempercepatkan pindaan Akta Hasutan bagi menangani isu penghinaan agama, kaum, dan institusi raja (3R),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Sivakumar, Era FM perlu dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana gagal menjaga sensitiviti masyarakat berbilang agama di Malaysia.

Katanya, tindakan memadam video di platform media sosial tidak bermakna Era FM boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab. – MalaysiaGazette

Video perlekeh agama Hindu: MCMC diarah jalankan siasatan terperinci – Fahmi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here