Nor Farah Ain Abdullah

KUALA LUMPUR – Jaguh boling padang negara Nor Farah Ain Abdullah terus mengharumkan nama Malaysia apabila mencipta sejarah dengan bergelar pemain nombor satu dunia hari ini.

Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.

Pemain dari Scotland, Julie Forest, berada di posisi kedua selepas mengumpul 683 mata, manakala Kelsey Cottrell dari Australia berada di tangga ketiga dengan 676 mata.

Nama Nor Farah mencuri perhatian selepas dia berjaya melakar sejarah dengan meraih pingat emas dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands, pada April tahun lepas.

Pemain berusia 24 tahun ini turut memberi sumbangan besar kepada skuad negara apabila membantu meraih pingat gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple.

Izzat Shameer turut menyumbang pingat perak dalam acara individu lelaki. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here