Penyampai radio ERA FM mohon maaf.

KUALA LUMPUR – Insiden kandungan video yang menyinggung sensitiviti penganut Hindu oleh penyampai radio perlu dijadikan sebagai titik permulaan kepada perubahan cara media mengendalikan hal berkaitan agama dan budaya.

Sehubungan itu Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Leben Siddarth berkata, garis panduan untuk industri penyiaran perlu diwujudkan.

Dalam masa sama katanya, stesen radio yang terlibat khususnya Era FM perlu melaksanakan latihan kesedaran budaya dan agama kepada semua kakitangan untuk memastikan kesilapan yang sama tidak berulang.

“Isu ini bukan hanya tentang satu individu atau satu insiden tetapi mengenai tanggungjawab kolektif dalam memastikan setiap masyarakat di Malaysia mendapat penghormatan yang sewajarnya,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Leben mempersoalkan bagaimana penyampai stesen  penyiaran radio ternama boleh bertindak mempersendakan tarian tarian Kavadi Hindu.

“Bagaimana insiden seperti ini boleh berlaku dalam sebuah platform penyiaran utama? Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan ia tidak berulang?,” soalnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here