BANGKOK – Syarikat penerbangan domestik Bangkok Airways menangguhkan penerbangan antara Bangkok dan wilayah utara selama lebih sebulan kerana jarak penglihatan yang lemah disebabkan oleh pencemaran udara, syarikat penerbangan itu.
Pencemaran udara meningkat di Thailand, terutamanya di utara, antara Disember dan April apabila petani membakar tunggul bagi menyediakan tanah untuk musim tanaman seterusnya.
Bangkok Airways menghentikan penerbangan dari Bangkok ke bandar barat laut Mae Hong Son kerana asap dijangka menyebabkan jarak penglihatan terlalu lemah untuk mendarat.
“Kami mengalami masalah yang sama (pada 2024), apabila paras asap sangat tinggi,” kata pegawai Bangkok Airways di lapangan terbang Mae Hong Son.
Pihak berkuasa lapangan terbang di Mae Hong Son, perhentian popular di laluan pengembara di utara Thailand, mengumumkan di Facebook minggu lalu penerbangan akan digantung dari 15 Mac hingga 20 April.
“Asap menjejaskan penglihatan dan keselamatan syarikat penerbangan,” kata pegawai tersebut.
Indeks kualiti udara untuk Mae Hong Son adalah 7.9 kali lebih besar daripada garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, menurut data IQ Air, yang mengukur pencemaran udara global. – Agensi