Wednesday, March 5, 2025
Home Sukan Dunia olahraga kehilangan Harun Rasheed

Dunia olahraga kehilangan Harun Rasheed

Foto Facebook Kesatuan Olahraga Malaysia.

KUALA LUMPUR – Sukan olahraga negara kehilangan seorang yang disegani apabila bekas jurulatih skuad kebangsaan, Harun Rasheed Othman menghembuskan nafas terakhirsemalam pada usia 71 tahun.

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menerusi hantaran di Facebook rasminya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.

“Olahraga Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Harun Rasheed, mantan atlet dan jurulatih olahraga negara yang telah banyak berjasa kepada arena sukan tanah air.

“Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya.

Sementara itu, jenazah allahyarham dikebumikan di Kajang semalam.

Harun bergiat aktif dalam kejurulatihan dari awal 2010 hingga 2012 dan kredibilitinya selaku jurulatih terbukti apabila berjaya membentuk kuartet 4×100 meter (m) wanita negara yang dibarisi Siti Zubaidah Adabi, Nor Jannah Hafizah Jamaludin, Yee Yi Ling dan Nurul Sarah Abdul Kadir dengan pencapaian hebat selepas 21 tahun.

Kuartet negara itu mempamerkan kebangkitan apabila mencatat rekod baharu kebangsaan dengan catatan 45.33 saat yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Poland pada Julai 2010.

Rekod baharu bagi acara berkenaan kini beralih kepada kuartet Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Nor Aishah Rofina Aling dengan catatan 44.58s di Sukan SEA Kemboja 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here