Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

KUALA LUMPUR – Pelan Induk Ekologi Central Forest Spine akan melibatkan beberapa tindakan yang dirangka dan dilaksanakan bagi menyelesaikan konflik antara manusia dan hidupan liar.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia termasuk meningkatkan hubungan antara kompleks hutan yang menjadi kawasan rayau hidupan liar terutama di utara dan tengah Semenanjung selain di kawasan Central Forest Spine.

Pemisahan kompleks hutan antara negeri susulan pembangunan dikenal pasti sebagai antara punca peningkatan konflik berkenaan.

“Apabila adanya lebuh raya, landasan kereta api, pembangunan, ladang dan sebagainya menyebabkan kompleks hutan terpisah sekali gus meningkatkan konflik sebab banyak binatang seperti gajah dan harimau memerlukan ruang rayau yang luas untuk hidup.

“Apabila perkara ini (ruang rayau luas) tak berlaku dan wujud pemisahan (kompleks hutan) maka akan ada konflik antara manusia dan hidupan liar,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) mengenai rangkaian ekologi bersambung antara negeri sebagai usaha mengatasi konflik manusia-hidupan liar.

Mengenai pembangunan di kawasan hutan, Nik Nazmi memberitahu, beberapa inisiatif sudah dirangka termasuk mewujudkan laluan haiwan liar sama ada di bawah lebuh raya atau secara viaduct (jejambat).

Bagaimanapun, katanya, masih terdapat risiko berlaku konflik membabitkan haiwan liar kerana ada pemburu cuba memburu di laluan terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here