Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 24 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memperuntukan RM40 juta bagi disalurkan kerajaan tahun ini  untuk menyelenggara 302 sistem telaga tiub sekolah luar bandar Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah peruntukan tersebut meningkat berbanding tahun lalu sebanyak RM30.6 juta.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan bekerjasama rapat dengan kerajaan Sabah dan Sarawak serta Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam melaksanakan pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub di kawasan pedalaman negeri itu dari tahun 2021 sehingga kini.

“Jumlah nilai kontrak peruntukan yang diluluskan ialah RM94.5 juta. Di bawah projek ini, sebanyak 90 sekolah telah dikenal pasti dan disenaraikan bagi projek ini iaitu 79 buah di Sabah dan 11 buah di Sarawak.

“Pembinaan sedang dilaksanakan dengan giat dan purata kemajuan fizikal projek bagi  64 sekolah telah mencapai 59.85 peratus. Tempoh kontrak kerja ditetapkan selama dua tahun dan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun ini,” katanya dalam sesi sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) mengenai usaha yang dilaksanakan kementerian untuk memastikan bekalan air bersih disalurkan ke sekolah di kawasan luar bandar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here