Cassio de Jesus.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain import Kelantan FA pada musim 2018-2019 yang kini dikenali TRW Kelantan Cassio de Jesus selepas menghidapi penyakit anemia aplastik semalam.

Pemain berusia 36 tahun itu disahkan meninggal dunia menerusi akaun Instagram peribadinya yang mana punca kematian Cassio disahkan menerusi penyakit yang dihidapinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Anemia aplastik merupakan keadaan perubatan yang jarang berlaku yang mana sumsum tulang berhenti menghasilkan sel darah baharu yang mencukupi.

Akibatnya, pengeluaran platelet terganggu menjadikan keadaan Cassio semakin merosot di mana dia pernah memerlukan sumbangan darah daripada golongan darah O negatif.

Keperluan itu menjadi semakin mendesak seiring dengan kemerosotan kesihatannya yang semakin kritikal.

Pemain kelahiran Brazil itu pertama kali mengetahui dia menghidap penyakit tersebut ketika beraksi bersama kelab Thailand, Royal Thai Navy pada 2024.

Malangnya, kelab tersebut tidak memberikan sokongan perubatan yang mencukupi buat Cassio.

Menurut laporan media, disebabkan kurangnya perhatian dan bantuan daripada kelab, Cassio terpaksa berhutang dengan sebuah hospital di Thailand tempat dia menjalani rawatan.

Situasi itu memburukkan lagi keadaan mental dan fizikalnya, Cassio akhirnya dibenarkan pulang ke Brazil selepas berjuang melawan penyakitnya di Thailand.

Di negara asalnya, dia meneruskan rawatan perubatan namun Cassio akhirnya tewas melawan penyakit yang menyerang tubuhnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here