Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang secara sinis mencadangkan agar Jawatankuasa Fatawa dan Majlis Agama Islam Negeri agar memperuntukkan zakat bagi kategori ‘beras kartel’.

Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, cadangan itu diketengahkan pihaknya memandangkan isu kekurangan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran sejak tahun lalu.

“Sekarang ini bulan Ramadan, rakyat nak beras. (Rakyat) Kuala Terengganu tak payah makan beras tempatanlah dan kalau dah tak makan beras tempatan, bulan ini kita bayar zakat.

“Zakat beras mana yang kita nak bayar? Saya nak tanya kepada semua mufti, harga beras mana yang kita nak kena bayar? Beras kartellah.

“Jadi saya minta mufti semua perbetulkan supaya ‘beras kartel’ dimasukkan untuk kita bayar zakat. Dah setahun kita makan beras kartel ini,” katanya dalam sidang di Dewan Rakyat hari ini.

Turut hadir adalah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelas Hamzah lagi, janji Kerajaan Perpaduan untuk membekalkan BPT sejak 1 Mac lalu juga tidak dilaksanakan.

Katanya, ia berdasarkan kepada pemantauan yang dibuat pihaknya mendapati beras berkenaan masih gagal diperoleh oleh rakyat.

“Dia (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu) kata tak apa 1 Mac, semua boleh dapat beras tempatan di mana-mana sahaja.

“Jadi, semalam saya minta pegawai saya tolong tengok di beberapa pasar raya dan dia dah melawat semalam di beberapa pasar raya Giant, Econsave Bangi, Giant Setapak, di pasar raya Giant beras import paling murah RM33.10 untuk 10 kilogram (kg), di Econsave beras import paling murah RM30.90 bagi beras 10 kg.

“(Ahli Parlimen) Bagan Serai maklumkan pasar raya pesan 300 pek beras tempatan tetapi hanya yang diterima 20 pek berasa sahaja. Inilah jawapan yang sebenarnya yang telah diberikan kepada kita.

“Tidak ada jawapan, cuma kita pergi melawat dan tengok itulah yang berlaku,” katanya dalam sidang media sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here