Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Proses rakaman percakapan bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditunda pada minggu depan iaitu 13 Mac ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kehadiran Ahli Parlimen Bera itu tidak dapat dilaksanakan esok susulan faktor kesihatannya.

“Sepatutnya beliau dijangka hadir esok namun ia tida dapat dilakukan kerana masih dalam cuti sakit.

“Jadi beliau akan hadir pada 13 Mac ini bagi dirakam keteranganya,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Kehadiran pemimpin UMNO itu adalah kali kedua ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.

Beberapa hari kemudian, empat individu termasuk dua bekas pegawai kanannya ditahan SPRM untuk siasatan lanjut dan SPRM melakukan serbuan di tiga premis.

Azam melaporkan, pihaknya menemukan wang tunai pelbagai negara berjumlah RM170 juta dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominum yang didakwa sebagai ‘safehouse’.

Beliau turut mengesahkan Ismail Sabri bukan lagi saksi dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, sebaliknya adalah seorang suspek dalam kes berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here