Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa

PUTRAJAYA- Proses bedah siasat selama hampir tiga jam ke atas mayat Pegawai Tribunal Kastam mendapati tekanan pada leher akibat jerutan menggunakan ligatur menjadi punca kematian, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.

Rusdi ketika dihubungi media hari ini berkata berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya di sini, kes masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Bedah siasat telah dijalankan oleh pakar patologi dari Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor. Punca kematian adalah disebabkan tekanan pada leher akibat jerutan menggunakan ligatur.

“Berdasarkan laporan bedah siasat dan keterangan pakar patologi, siasatan masih di bawah SDR,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di jabatan berkenaan mendapati waris keluarga mangsa hadir untuk menuntut mayat, namun mengelak daripada didekati dan enggan ditemu bual petugas media.

Media semalam melaporkan seorang pegawai kastam berusia 45 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terikat menggunakan pengikat kabel.

Rusdi turut dilaporkan berkata pegawai kastam itu ditemukan maut di Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di sini, dan hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dijumpai.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here