Penasihat Malaysia Humanitarian Aid And Relief (MAHAR), Nurul Izzah Anwar beramah mesra bersama tetamu yang terdiri daripada pesakit kanser dan OKU yang hadir ke majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) bersama OKU dan pesakit kanser di D’Tandoor Ayer@8, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 06 MAC 2025

PUTRAJAYA – Kumpulan Rangkaian Restoran Antarabangsa D’tandoor, Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR), dan Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) menyantuni pesakit kronik, termasuk pesakit kanser, serta golongan miskin dalam majlis iftar yang diadakan di sini.

Majlis ini turut disertai Persatuan Orang Kurang Upaya Putrajaya (PROCJAYA).

Penasihat MAHAR, Nurul Izzah Anwar berkata, acara ini merupakan satu program berkongsi rezeki serta semangat kepada mereka yang sedang berjuang melawan penyakit dan cabaran hidup serta menyemai semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.

“Masyarakat madani bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi bagaimana kita melayan mereka yang kurang bernasib baik.

“Justeru, kita perlu hidup dengan penuh empati, beringat-ingat, dan saling membantu agar setiap insan mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat,” katanya dalam ucapan tadi.

Nurul Izzah Anwar beramah mesra bersama tetamu yang terdiri daripada pesakit kanser dan OKU yang hadir ke majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) bersama OKU dan pesakit kanser di D’Tandoor Ayer@8, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 06 MAC 2025

Menurutnya, majlis ini juga dapat menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan dalam komuniti dan menyediakan ruang bagi pesakit kanser serta golongan kurang bernasib baik untuk berkongsi pengalaman mereka.

“Selain berbuka puasa bersama, acara ini turut menekankan pentingnya sokongan berterusan kepada mereka yang memerlukan.

“Oleh itu, satu kerjasama di antara D’tandorr, MAHAR, YKKK turut diumumkan untuk memastikan bantuan yang lebih menyeluruh dapat diberikan kepada pesakit kanser dan golongan miskin, bukan hanya dalam bulan Ramadan tetapi secara berterusan.

“Dalam pada itu, perkataan ‘never give up’ yang menjadi moto majlis ini menecerminkan semangat juang pesakit kanser yang tidak pernah menyerah dalam menghadapi ujian kehidupan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here