Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri tidak berhasrat untuk meneruskan kes saman fitnah  terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim atas semangat dan penegasan dari bulan Ramadan yang mulia ini.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar berharap agar masyarakat mengambil pengajaran untuk tidak bermudah dalam melempar sesuatu tuduhan kepada insan lain.

“Ini kerana ia bukan sahaja menimbulkan fitnah kepada yang tertuduh, malah ia turut mengembalikan fitnah kepada si penuduh.

“Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, amalan jelek sebegini mesti dihentikan dan tidak dibudayakan, terutamanya di kalangan pejuang- pejuang Islam.

“Dan memaafkan itu tidak sama sekali merendahkan darjat manusia, bahkan mengangkat kedudukan hamba di sisi Tuhannya.

“Amalan berpuasa mesti menjentik dhamir manusia agar kembali kepada fitrah asal kejadian termasuk menghidupkan budaya wacana yang segar dan menolak amalan fitnah memfitnah,” katanya dalam taklimat harian di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kKerajaan bersetuju meluluskan peningkatan kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang atau Capitation Grant kepada Kerajaan Negeri sebanyak 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta.

Jumlah itu merupakan kali pertama kadar Capitation Grant disemak sejak tahun 2002.

“Secara keseluruhan, pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri ditingkatkan lagi kepada RM9.8 bilion untuk tahun 2025 berbanding RM9.3 bilion pada tahun lalu.

“Peningkatan peruntukan ini adalah penting untuk membantu Kerajaan Negeri menyempurnakan perkhidmatan kepada rakyat.

“Kerajaan Madani terus bertekad untuk memastikan hubungan dengan semua Kerajaan Negeri kekal utuh demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here