Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mengambil peluang memperkasakan pembangunan industri semikonduktor negara.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata Perdana Menteri menyatakan hasrat itu selepas mempengerusikan Mesyuarat ke-33 NCIA hari ini.

Ujarnya, ia susulan peluncuran kerjasama antara kerajaan dan ArmHoldings PLC yang mana kerjasama dengan pereka seni bina cip terbesar di dunia itu bakal mengangkat darjat serta menambah nilai industri semikonduktor serta kecerdasan buatan (AI) negara.

“NCIA perlu mengambil peluang untuk memperkasakan pembangunan Industri Semikonduktor dalam Advanced Packaging (AP) untuk memperkukuhkan Aplikasi Industri dan Ekosistem ‘High Value Manufacturing’ (HVM) serta membangunkan ekosistem teknologi dan rantaian bekalan bernilai tinggi untuk pelaburan berimpak dan bernilai tinggi.

“Peningkatan pelaburan dalam industri bernilai tinggi memerlukan kepada tenaga kerja mahir berkualiti yang mencukupi.

“Pembangunan bakat yang efektif penting bagi mengoptimumkan manfaat daripada pelaburan bernilai dan berteknologi tinggi,” katanya dalam taklimat harian yang disiarkan melalui Facebook PMO Malaysia, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here