Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan bercakap pada media berkenaan membuat lawatan kilang e-sisa susulan penemuan sisa amunisi dengan anggaran berat 40 tan di Teluk Panglima Garang, Banting. Foto AIZAT ZAINAL, 6 MAC 2025.

KUALA LANGAT – Polis merampas enam jenis ubat berbentuk pil daripada kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura bagi membantu siasatan berhubung kes kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan meminta bantuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kedutaan Jepun untuk mengenal pasti ubat tersebut.

“Ada enam jenis ubat yang kita rampas daripada rumah itu yang dipercayai diambil dari Jepun, kita akan dapatkan bantuan daripada kedutaan untuk kenal pasti apa ubat-ubat yang dia ambil yang mungkin ada kaitan dengan insiden ini.

“Kita akan jumpa pakar di Malaysia dahulu, ahli farmasi di Malaysia daripada KKM yang boleh bantu kita, sekiranya kita perlukan bantuan di Jepun.

“Kita akan melalui Kedutaan Jepun untuk dapatkan makluman lanjut berkenaan ubat-ubat ini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Selasa lalu, Hussein mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, dekat sini pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada Ridzokumura.

Bagaimanapun, pihak polis memberitahu tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes itu masih dalam disiasat sebagai kes mati mengejut.

Selain itu, Hussein tidak menolak kemungkinan untuk menyiasat aspek lain termasuk tahap kesihatan kesihatan Akiko sebelum insiden tersebut.

“Pihak polis masih siasat dalam kategori mati mengejut dan kita lihat dalam semua sudut, sama ada dia dalam kemurungan atau ada masalah perubatan dan sebagainya

“Kita masih menyiasat lagi sama ada dia terima rawatan di Malaysia atau negara dia (Jepun).

“Kita kena jumpa pakar ubat ini untuk kenal pasti ubat apa ini, adakah ubat biasa ataupun ada untuk tujuan lain,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here