Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR – UMNO tidak mempunyai sebarang kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, parti itu memandang serius terhadap sebarang cubaan untuk mengaitkan UMNO dengan penemuan RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta di tiga premis termasuk sebuah ‘safehouse‘, 2 Mac lalu.

“Kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan tersebut.

“SPRM juga harus diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus, bebas, dan adil tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa UMNO tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak.

“Ini termasuk mereka yang secara sengaja mengaitkan, menuduh, atau mencipta persepsi bahawa UMNO mempunyai hubungan dengan kes yang sedang disiasat itu,” tambahnya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa dua individu bergelar Datuk adalah antara empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri, telah ditahan SPRM.

SPRM juga telah mengarahkan Ismail Sabri untuk mengisytiharkan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 dan pengisytiharan harta itu dilakukan beliau secara rasmi pada 10 Februari lalu.

Keterangan Ahli Parlimen Bera itu juga telah hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 19 Februari lalu untuk direkodkan keterangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here