Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang guru di Bera berputih mata apabila kerugian RM228,460 akibat pelaburan Bitcoin tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, lelaki berusia 59 tahun itu telah menerima satu pesanan melalui aplikasi Whatsapp pada 29 November 2024 daripada nombor telefon yang tidak dikenali.

Beliau berkata, menerusi mesej itu, suspek menawarkan kepadanya pakej pelaburan Bitcoin dengan pulangan lumayan dalam masa yang singkat.

“Mangsa yang berminat untuk menyertai pelaburan yang ditawarkan tersebut kemudian telah membuat 20 transaksi berjumlah RM228,460 ke dalam 10 akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Yahaya, mangsa yang diminta memindahkan lagi wang mula merasa tertipu lalu tampil membuat laporan polis.

Justeru, katanya, Pihak Polis Kontinjen Pahang menasihati orang ramai agar membuat semakan dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan atas talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here