Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.

TASEK GELUGOR – Seorang lelaki warga Myanmar maut dipercayai akibat ditetak sekumpulan individu menggunakan parang dalam kejadian di sebuah kedai nasi kandar di Taman Sepadu Jaya di sini, awal pagi tadi.

Kejadian jam 3.20 pagi itu mengakibat mangsa berusia 38 tahun maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada anggota badan serta kepala akibat ditetak.

MalaysiaGazette difahamkan, mangsa yang juga pengurus kedai nasi kandar itu didatangi tiga lelaki bertopeng sebelum tiba-tiba bertindak menyerangnya.

Mangsa dikatakan cuba melarikan diri namun rebah berhampiran kedai akibat kecederaan parah yang dialami dalam serangan tersebut.

Pihak forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek melarikan diri menaiki sebuah kenderaan yang dipandu suspek keempat sejurus mangsa dipercayai rebah dalam keadaan berlumuran darah.

Mayat mangsa dihantar ke Hopsital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here