Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd.Su’ud

PUTRAJAYA – Universiti Multimedia (MMU) akan menubuhkan Fakulti Kejuruteraan Kecerdasan Buatan (FAIE) pada pertengahan tahun ini, merombak Fakulti Kejuruteraan (FOE) sedia ada untuk memperkukuh pendidikan dan penyelidikan yang dipacu kecerdasan buatan (AI).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMU Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud berkata, usaha berkenaan adalah langkah strategik untuk menyelaraskan program universiti dengan kemajuan teknologi global dan keperluan industri.

“AI sedang mengubah setiap aspek kehidupan kita, dan kami (MMU) mahu pelajar kami menjadi sebahagian daripada transformasi ini,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa MMU Bersama Media di sini hari ini.

Mazliham berkata, FAIE akan memperkenalkan program Sarjana Muda Sains (Kepujian) (AI Gunaan) iaitu kursus sepenuh masa selama tiga tahun yang akan bermula dengan pengambilan pada Julai 2025.

Program Sarjana Muda Kejuruteraan sedia ada juga, katanya akan diperkukuh dengan elemen AI untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknologi terkini.

AI Gunaan menggunakan teknologi seperti pembelajaran mesin dan automasi untuk menyelesaikan cabaran dunia nyata termasuk penjagaan kesihatan pintar, kenderaan autonomi, pertanian pintar, dan pembantu digital yang disesuaikan.

FAIE akan dilengkapi dengan kemudahan makmal canggih yang direka untuk memupuk kreativiti dan kerjasama antara pelajar, penyelidik, dan rakan industri bagi memastikan siswazah MMU kekal berdaya saing dalam ekonomi digital yang semakin berkembang. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here