Gerakan Media Merdeka (Geramm)

KUALA LUMPUR – Gerakan Media Merdeka (GERAMM) tegas mempertahankan hak wartawan untuk menjalankan tugas tanpa sebarang intimidasi, gangguan atau usaha menjejaskan integriti mereka.

GERAMM dalam satu kenyataan hari ini berkata, laporan terkini melibatkan seorang wartawan yang cuba dirasuah dan ditekan dalam menjalankan tugasnya menonjolkan cabaran berterusan yang dihadapi oleh profesional media dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Menurutnya, tindakan sebegitu bukan sahaja mengancam individu yang terlibat, tetapi juga kebebasan media secara keseluruhan.

Tegasnya, tindakan memaksa wartawan mendedahkan sumber atau mengenakan tekanan terhadap mereka atas laporan yang dibuat adalah satu bentuk pencabulan terhadap proses demokrasi dan kebebasan media.

“Pihak berkuasa dan mereka yang mempunyai kuasa tidak boleh menyalahgunakan kedudukan untuk membuli, mengintimidasi, atau memberi tekanan kepada wartawan.

“Kebebasan media adalah tunjang demokrasi dan sebarang usaha untuk mengekang kebebasan media akan melemahkan ketelusan serta akauntabiliti,” demikian menurut kenyataan itu seperti disiarkan menerusi laman sosial Facebook GERAMM.

Sehubungan itu, GERAMM menyeru semua pihak khususnya pihak berkuasa menghormati dan melindungi kebebasan media dengan memastikan wartawan dapat bekerja tanpa rasa takut atau gangguan.

Tambahnya, media yang bebas dan berdikari adalah elemen penting dalam membentuk masyarakat yang bermaklumat dan negara yang adil.

Terdahulu, seorang wartawan portal berita, B Nantha Kumar menafikan beliau meminta rasuah daripada kartel pekerja asing yang mana beliau sebelumnya ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabit dakwaan tersebut.

Beliau kini digantung tugas dengan faedah penuh sementara menunggu penemuan panel bebas dengan siasatan teliti, adil dan selaras dengan nilai-nilai dipegang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here