Orang ramai duduk di belakang pagar sambil melihat ketibaan mangsa yang cedera atau terbunuh dalam pengeboman Israel berhampiran Khan Yunis ke hospital Nasser di bandar selatan Gaza pada 9 Julai 2024, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan kumpulan Hamas. Foto AFP

GAZA – Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin pada Jumaat menegaskan bahawa Israel mempunyai kewajipan undang-undang untuk memastikan penyediaan keperluan asas kepada penduduk Palestin yang berada di bawah kawalannya, lapor Emirates News Agency (WAM).

“Ini termasuk makanan, air bersih, tempat perlindungan dan penjagaan kesihatan yang mencukupi. Sebarang sekatan terhadap kemasukan keperluan asas bagi orang awam boleh dianggap sebagai hukuman kolektif. Penggunaan kelaparan sebagai senjata perang adalah jenayah perang,” menurut kenyataan pejabat itu.

“Di Gaza, sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Jan, tentera Israel dilaporkan telah membunuh 58 rakyat Palestin, termasuk 10 kanak-kanak dan tiga wanita, kebanyakannya di kawasan yang ditetapkan sebagai ‘zon larangan’ oleh Israel seperti Koridor Netzarim dan Philadelphi, serta timur Rafah, Khan Younis dan Beit Hanun.

“Ramai daripada mereka yang terbunuh dilaporkan cuba memeriksa keadaan kediaman mereka. Menyasarkan rakyat Palestin yang tidak terlibat secara aktif dalam permusuhan adalah jenayah perang, tanpa mengira sekatan pergerakan yang dikenakan oleh Israel,” tambah kenyataan itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here