FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2025 kepada semua wanita di Malaysia.

Dengan tema sambutan `Wanita Beraspirasi Membina Legasi’, Raja Permaisuri Agong menzahirkan penghargaan kepada golongan wanita yang turut menjadi tunjang keluarga, masyarakat serta negara.

Menerusi catatan yang dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Raja Permaisuri Agong menghargai peranan wanita yang bukan sahaja penting dalam institusi kekeluargaan malah turut menyumbang dalam pelbagai bidang profesional.

“Kecekalan dan kebijaksanaan wanita dalam menghadapi cabaran menjadikan mereka sumber inspirasi dalam membina legasi yang bermakna untuk generasi akan datang.

“Saya turut mendoakan agar setiap wanita terus cekal dan bersemangat dalam apa jua yang mereka usahakan,” titah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here