JOHOR BAHRU – Kegigihan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohammad Gopi Rizqi, 36, yang menjual air balang untuk meneruska hidup semasa Ramadan mendapat perhatian Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Pemilik JDT tersebut menerima menghadap Mohammad Gopi semalam dan pertemuan tersebut dimuat naik dalam Instagram hrhcrownprinceofjohor.

Sebelum ini tular foto Gopi melayan pelanggan semasa menjual air balang di Kampung Api-api, Pontian.

Kelmarin MalaysiaGazette melaporkan Gopi yang sebelum ini pernah mencipta nama dengan Sri Pahang FC kini meniaga air balang bagi meneruskan hidup selepas berdepan tunggakan gaji melibatkan sebuah pasukan sejak lapan bulan lalu sekali gus menyukarkan kehidupan keluarganya.

Gopi, yang berasal dari Kuantan, Pahang, pernah bermain dalam saingan Liga M bersama Pahang dari 2010-2015, diikuti Selangor (2016), Johor Darul Ta’zim (JDT) (2017-2018), Melaka United (2018), Polis Diraja Malaysia (PDRM) (2019) dan Pahang (2020).

Malah, dia turut telah mengumpul enam kaps sepanjang menyarung jersi Harimau Malaya bermula 2012 hingga 2015.

Selain itu, sewaktu bersama Pahang selama tujuh musim, Gopi telah merangkul dua Piala Malaysia dan satu gelaran Piala FA.

Gopi memeluk Islam pada tahun 2020, mengikuti jejak ahli keluarganya yang lebih awal memeluk agama itu, termasuk ibu saudaranya dan datuknya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here