Operasi bersepadu KL Strike Force di Pasar Harian Selayang. Ihsan Foto : DBKL

KUALA LUMPUR – Enam individu, termasuk empat penjaja warga asing, dikenakan tindakan dalam operasi bersepadu KL Strike Force di Pasar Harian Selayang, semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, pelbagai barangan perniagaan yang menghalang laluan awam telah disita serta-merta.

Menurut DBKL, tindakan diambil terhadap enam premis di pasar berkenaan, dengan empat daripadanya dikendalikan oleh warga asing.

“Semua barangan yang disita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tujuan rekod dan dokumentasi,” menurut kenyataan itu.

DBKL juga menegaskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan secara berkala di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti.

Operasi ini turut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here