Dua anggota polis ditahan selepas didapati positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat karaoke di Jalan Loke Yew, di ibu negara, semalam.
Mereka adalah antara 55 individu, termasuk empat warga asing, yang dicekup dalam serbuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.