Dua orang cedera selepas kediaman mereka terbakar di Kampung Baru, Sri Gading, Batu Pahat, Johor.
Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Ayub Majid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 4.45 petang semalam.