Sunday, March 9, 2025
Home Sukan Harga tiket final Piala Malaysia 2024-2025 kekal, bermula serendah RM50

Harga tiket final Piala Malaysia 2024-2025 kekal, bermula serendah RM50

Final Piala Malaysia 2024-2025 bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 April 2025.
KUALA LUMPUR – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 April depan kekal seperti musim lepas.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL Mohd Shazli Shaik Mohd berkata empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan Sri Pahang FC.
Empat kategori itu adalah General Admission yang menawarkan tiket serendah RM50 dan RM70, Premium Grandstand (RM150) dan VIP Grandstand yang dijual pada harga RM200.
“Kami berharap dengan penetapan harga tiket serta pengumuman lebih awal ini akan memudahkan penyokong-penyokong JDT dan Sri Pahang FC merancang perjalanan untuk hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.
“Urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pasukan finalis bagi memudahkan penyokong masing-masing mendapatkan tiket perlawanan secara sama rata,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mohd Shazli Shaik berkata, maklumat lanjut berhubung pembelian tiket perlawanan akhir itu akan dimaklumkan oleh pihak JDT dan Sri Pahang FC dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here