Ahmad Farhan ketika menyerahkan sumbangan daripada Perdana Menteri kepada Kamaruzaman di kediamannya di Bandar Baru Balok, Kuantan. Gambar: Facebook Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Nasib seorang pesakit strok, Kamaruzaman Othman yang hilang keupayaan bekerja hingga hilang pendapatan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Kamaruzaman di rumahnya di Bandar Baru Balok, Kuantan.

Perkongsian Ahmad Farhan menerusi Facebooknya memaklumkan, Kamaruzaman kini hanya terlantar dan bergantung sepenuhnya kepada keluarga untuk menguruskan kehidupan seharian.

“Dahulu, beliau gigih bekerja menyara keluarga, namun serangan strok telah merubah segalanya – keupayaan bekerja hilang, punca pendapatan terputus dan pergerakan menjadi terbatas.

“Kesempatan yang ada, saya menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri sebagai tanda keprihatinan dan sokongan buat keluarga ini,” katanya.

Beliau berkata, meskipun kehidupan boleh berubah tanpa diduga, Kamaruzaman tidak berjuang sendirian.

“Semoga beliau terus diberi kekuatan serta dikurniakan aafiyah oleh Allah SWT,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here