Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa supaya mempertimbangkan untuk menarik balik status kewarganegaraan kepada mereka yang melakukan penghinaan melampau terhadap agama.

Perkara itu disuarakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi rakaman di laman sosial X.

“Saya tegaskan kepada kerajaan, Kementerian Dalam Negeri mesti menarik balik status kewarganegaraan sesiapa sahaja yang melakukan penghinaan melampau terhadap agama, supaya mereka tidak merasa kebal di luar negara dan perkara ini tidak berulang,” katanya.

Kenyataan Hamzah itu dipercayai merujuk kepada siasatan polis terhadap video yang memaparkan individu mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina agama Islam.

Ia susulan isu melibatkan penyampai radio yang didakwa membuat penghinaan terhadap agama Hindu.

Sebelum ini media melaporkan, polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki menghina agama Islam serta mengeluarkan kata-kata lucah melampau menerusi satu video berdurasi tiga minit 49 saat yang tular di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata, individu terbabit adalah ‘Vijayan Savarinathan’.

Berdasarkan laporan terkini, lelaki itu dipercayai berada di luar negara.

Razarudin memaklumkan, siasatan pada masa ini sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sejurus laporan polis dibuat termasuk usaha mengesan lelaki terbabit. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here