Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut, Sri Aman, Sarawak.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.59 petang semalam.