Mohd Nizam ketika mengadakan lawatan turun padang di salah sebuah kawasan operasi. Gambar: Facebook Tentera Darat Malaysia

KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar turun padang meninjau kawasan operasi dan sempadan Malaysia-Thailand, di Kem Gubir, Kedah, semalam.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, Mohd Nizam mengadakan lawatan di kawasan tanggungjawab (KTJ) Formasi 2 Divisyen di Kem Gubir dan Sempadan Terkoordinasi (PST) Ban Di Da.

“Lawatan berkenaan disambut mesra oleh Commanding General 4th Army Area, Royal Thai Army (RTA) Leftenan Jeneral Phaisan Nusang, bersama Ketua Penempatan Pos daripada 14 RAMD (Mek), Mejar Mohd Aiman Mohd Halim,” katanya di laman sosial itu.

Turut mengiringi beliau pada lawatan itu Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Menerusi hantaran sama, TDM berkata, kedua-dua panglima berkenaan turut menyampaikan kotak sumbangan kepada Pegawai Pemerintah Batalion Ke-14, RAMD (Mek) Leftenan Kolonel Azllan Zainul Abidin.

Ujarnya, lawatan itu bertujuan untuk menyantuni pegawai dan anggota yang bertugas di kawasan operasi dan memberi penghargaan di atas dedikasi mereka.

Pada masa sama kata TDM, lawatan berkenaan juga adal;ah bagi mengeratkan kerjasama antara anggota tentera Malaysia-Thailand yang bertugas di sempadan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here