Ewon pada Hari Wanita anjuran Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah, semalam. Gambar: Facebook Ewon Benedick Official Media.

KUALA LUMPUR – Peranan wanita dalam membangunkan ekonomi dan kepimpinan negara dilhat semakin terserlah ekoran banyaknya kisah kejayaan golongan itu yang boleh dijadikan inspirasi, kata Datuk Ewon Benedick.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau berbesar hati dapat berkongsi kisah kejayaan usahawan wanita yang ditemuinya dalam program Sambutan Hari Wanita anjuran Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah, semalam.

“Kisah-kisah mereka membuktikan bahawa wanita bukan sahaja mampu mencipta kejayaan dalam sektor keusahawanan, tetapi juga mempunyai keupayaan hebat dalam kepimpinan,” katanya.

Ewon memberitahu, beliau turut menekankan bahawa setiap kejayaan yang dicapai oleh wanita adalah cerminan ketekunan, semangat juang dan keinginan untuk membawa perubahan dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Wanita PH Sabah, Jannie Lasimbang atas inisiatif menganjurkan program itu yang memperlihatkan kesatuan dan kerjasama erat dalam kalangan kepimpinan wanita di negeri berkenaan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here