Shapawi Ismail kini dilantik sebagai Pengerusi Yakeb.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Pelantikan itu diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang melahirkan keyakinan Shapawi mampu menerajui Yakeb dengan baik berdasarkan pengalaman luasnya dalam pengurusan sukan negara.

“Berpengalaman sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), KBS yakin bahawa Datuk Shapawi merupakan figura yang mampu untuk meneraju Yakeb dengan baik dan menjaga kebajikan bekas atlet-atlet negara,” menurut kenyataan rasmi di Instagram KBS.

Shapawi yang pernah mengetuai MSN mempunyai rekod cemerlang dalam pembangunan atlet serta pengurusan sukan berprestasi tinggi.

Dengan kepimpinannya, Yakeb dijangka terus memperkasa peranan dalam menjaga kebajikan bekas atlet kebangsaan yang telah menyumbang kepada kejayaan negara di pentas sukan.

Beliau akan dibantu oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah Yakeb bagi penggal 2025-2027 yang terdiri daripada beberapa wakil kementerian dan bekas atlet.

Pelantikan itu turut menyaksikan penyertaan beberapa bekas atlet mempunyai pengalaman luas dalam dunia sukan dijangka membawa perspektif lebih dekat dengan keperluan kebajikan bekas atlet negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here